Tandas awam di Balai Seni Negara, LPSVN bersih dan kondusif

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Disebabkan kegagalan pengguna mendisplinkan diri dan tidak menghargai kemudahan awam sebagai tanggungjawab bersama, rungutan seringkali kedengaran mengenai kualiti kebersihan tandas awam yang masih pada tahap tidak memuaskan.

Namun, jika anda berkunjung ke Balai Seni Negara, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) tatkala menikmati dan menghayati keindahan karya seni kreatif yang dipamerkan, masuklah sebentar ke dalam tandasnya pasti berpuas hati dan tidak mengecewakan dengan tahap kebersihannya.

Wartawan SUARA TV ketika membuat liputan berita di situ mendapati tandasnya begitu bersih dan selesa digunakan oleh pengunjung di sini dan sentiasa dijaga rapi oleh petugasnya yang bertungkus lumus menjalankan kerja mencuci tandas.

Lantai dan tempat duduk tandasnya di sini kelihatan sentiasa kering malah pengunjung ke sini menggunakannya secara bertanggungjawab serta mengepam tandas setelah digunakan.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Balai Seni Negara LPSVN, Norbai’dah Ambak berkata, pihaknya sentiasa memastikan tandas diselenggara setiap hari dan berfungsi dengan baik untuk menjamin keselesaan kepada pengunjung ke sini.

“Usaha ini amat penting bagi mewujudkan dan meningkatkan persepsi pengunjung terhadap Balai Seni Negara sebagai institusi seni yang ceria, bersih dan kondusif, sekali gus memberi suasana persekitaran yang selesa kepada mereka, ”katanya.

Sifat empati serta nilai sivik yang tinggi pengguna apabila menggunakan tandas awam dengan baik agar sentiasa bersih adalah penting bagi kesihatan umum. Kebersihan mampu mengubah minda ke arah yang lebih positif.

Mengamalkan kebersihan sangat dituntut dalam Islam dan nilai tinggi terhadap kebersihan perlu disematkan dalam diri setiap warga Malaysia.

Tahniah! dan syabas diucapkan kepada Balai Seni Negara LPSVN telah memainkan peranan penting lebih efektif dan efisien malah konsisten memelihara kebersihan tandas awam yang selesa, higenik serta mesra pengguna. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat