Sumbangan Najib kepada negara jadi asas pengurangan hukuman – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Asas Lembaga Pengampunan memutuskan memberi pengurangan hukuman kepada Datuk Seri Najib Razak, antaranya dibuat atas sumbangan bekas Perdana Menteri itu kepada negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara itu diambil kira dalam perbincangan mesyuarat Lembaga Pengampunan, termasuk kaedah lain yang diperincikan.

“Pertama apa asas rayuan, selalunya memikirkan peranan dia, perjalanan hidup dia sebelum itu, peranan kepada keluarga dia, kehidupan di penjara, jasa dan khidmat dia, peranan kepada keluarga atau masyarakat dan dalam kes Najib, kepada negara.

“Jadi diberikan juga mengenai proses badan kehakiman, apa kesnya, apa hukumannya, kemudian kalau ada kes dalam proses, itu semua dijelaskan sebelum masing-masing (ahli lembaga) beri pandangan dan akhirnya Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan,” memetik BH.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada Isnin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat