Jangan jadi lembu dicucuk hidung – Dr Akmal

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh membidas kenyataan Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Azfar yang mengeluarkan kenyataan kepadanya supaya  tidak memulakan serangan terhadap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegasnya, kalau betul katakan betul, yang salah katakan salah.

Beliau juga menyindir ‘jangan jadi lembu dicucuk hidung’ kepada Mohd Haziq.

“Siapa makan cili,dia rasa pedas,

“Jangan jadi lembu dicucuk hidung yang ikut sahaja walaupun tahu perkara tu salah,

“Kalau perkara itu betul,kita wajib kata betul,kalau salah kita kena perbetulkan,” ujarnya menerusi kenyataan Facebooknya, pada Ahad.

Terdahulu Haziq dalam kenyataan pada semalam berkata, kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia beberapa hari ini boleh mengeruhkan hubungan dengan rakan komponen Kerajaan Perpaduan.

Haziq menggesa Dr Akmal fokus kepada usaha memberi nilai tambah kepada Kerajaan Perpaduan.

Tambahnya lagi, tindakan sedemikian akan menjadikan Dr Akmal sebagai pemain pasukan yang baik dan mengurangkan persengketaan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat