Tukar Seksyen Kes SPRM: Dua Ahli Perniagaan Dipenjara, Denda

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan, Mohd Hussein Mohd Nasir dipenjara seminggu dan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah menipu seorang pengarah syarikat kononnya dapat membantu menukar seksyen kesalahan kes siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tahun lepas.

Hakim Azura Alwi turut menjatuhkan hukuman denda RM50,000 terhadap seorang lagi tertuduh, Razaly Mat Sari selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan sama dan mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mohd Hussein, 52, dan Razaly, 55, didakwa bersama-sama menipu dan memperdaya Norazman Mohd Nor, 50, kononnya mereka boleh membantu menukarkan seksyen kesalahan kes siasatan SPRM ke atas Norazman daripada Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 kepada Seksyen 25 (1) akta sama, sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM40,000 di sebuah lobi hotel di Putrajaya pada 4.10 petang, 16 Dis tahun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Adha Amin dan Fahmi Abd Moin yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon hukuman minimum atau alasan anak guam mereka adalah penanggung tunggal keluarga selain kedua-duanya menghidap penyakit asma kronik.

Kedua-dua peguam itu turut memaklumkan Mohd Hussein dan Razaly memberi kerjasama penuh ketika ditahan reman selama tujuh hari oleh SPRM dan akan menjadi saksi pendakwaan selain berjanji akan bekerjasama dengan pihak berkuasa selepas ini.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon hukuman setimpal memandangkan kesalahan dilakukan adalah serius dan bertentangan dengan dasar awam kerana ia mencerminkan seolah-olah jabatan kerajaan boleh dirasuah.

– BERNAMA

Topik Hangat

Singkir Tajuddin jadi pengarah pilihan raya, desak pimpinan UMNO – Laporan

KUALA LUMPUR – Ura-ura mengatakan ramai pimpinan UMNO “tidak senang” dengan sikap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan...

Muhyiddin Nak Jadi Menteri Kewangan Tapi Saya Pilih Lim Guan Eng – Mahathir

SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dipilih menjadi Menteri Kewangan semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah kerana berjaya menguruskan kerajaan Pulau Pinang...

Yayasan Bank Rakyat Taja Program Tuisyen Kepada 13,212 Pelajar Pada Tahun 2020

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) telah memperuntukkan hampir RM550,00 untuk 253 Program Tuisyen Rakyat sepanjang tahun 2020 di seluruh negara walaupun ketika pandemik Covid-19, menurut...

Berita Berkaitan

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

SPRM Gagal Gantung Keputusan Lucut Hak Wang RM100,000 Milik Kasitah Gaddam

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan hari ini gagal menggantung pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonannya untuk melucut hak wang berjumlah RM100,000...

Tiada Apa Perlu Ditakutkan Dengan Suntikan Vaksin COVID-19, Kata Penerima Awal

PUTRAJAYA - Tiada apa yang perlu ditakutkan dengan suntikan vaksin COVID-19 kerana suntikan itu macam suntikan biasa untuk kesejahteraan diri, kata seorang petugas Kementerian...