Biden Beri Bayangan Dasar Luar Lebih Terbuka

- Advertisement -

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden memberi bayangan AS akan mengamalkan dasar luar yang lebih terbuka.

Katanya, diplomasi akan menjadi asas dasar luar pentadbirannya.

Kenyataan itu dibuat selepas melawat Jabatan Negara AS. Ia simbolik dasar luar yang menjadi keutamaan Biden.

“Amerika sudah kembali. Diplomasi menjadi asas dasar luar kita. Seperti yang dinyatakan dalam ucapan angkat sumpah, kami akan memulihkan hubungan dengan sekutu, demi untuk mengatasi cabaran hari ini dan esok.

“Pentadbiran Amerika mesti memenuhi detik baharu autoritarian yang semakin maju, termasuk cita-cita tinggi China untuk menyaingi AS dan keazaman Rusia untuk mengganggu demokrasi.

“Kita mesti memenuhi detik baharu cabaran dari pandemik ke krisis iklim hinggalah kawalan nuklear. Cabaran yang hanya boleh diselesaikan dengan bekerjasama dalam asas yang sama. Kita tidak boleh melakukannya secara bersendirian,” katanya.

Dalam ucapan pertama dasar luar Biden, beliau memberikan tumpuan kepada isu di Myanmar, Rusia serta hubungan dengan China.

Mengenai Myanmar, Biden mendesak supaya junta menyerahkan kembali pentadbiran negara itu kepada kerajaan awam.

Biden juga menegaskan akan menangani isu campur tangan Rusia dalam pilihan raya Amerika serta serangan siber.

Beliau juga menegaskan akan berbincang dengan China perihal isu ekonomi – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat