Wan Rosdy Rakam Penghargaan Kepada Bomba Buat Penerbangan Ihsan Untuk Pesakit Orang Asli

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail merakamkan penghargaan tahniah dan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) kerana membuat penerbangan ihsan bagi membawa ibu akan bersalin dari Kampung Orang Asli Chenan Cherah (lama), Pos Lemoi di Cameron Highlands.

Menurut Wan Rosdy lagi, pesakit merupakan primigravida dan sangat berisiko untuk dibawa keluar dari kampung tersebut melalui jalan darat.

“Tahniah kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengerakkan Unit Udara bagi Penerbangan Ihsan (Mercy Flight) dan pasukan perubatan bagi membawa ibu akan bersalin dari Kampung Orang Asli Chenan Cherah (lama), Pos Lemoi, Cameron Highlands sekitar jam 12.15 tengahari tadi.

“Pesakit merupakan primigravida dan sangat berisiko untuk dibawa keluar dari kampung tersebut melalui jalan darat.

”Ibu tersebut telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki dengan berat 2.55 kg. Alhamdulillah, kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan sihat dan stabil.” kata Wan Rosdy menerusi catatan Facebooknya.

Pada masa yang sama Wan Rosdy juga merakamkan penghargaan terima kasih atas usaha murni kepada pasukan perubatan dari Hospital Sultanah Hajjah Kalsom (HoSHKa), Pasukan KK Ringlet, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan pihak-pihak lain yang membantu mempermudahkan urusan masyarakat.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat