Yakin UMNO, Bersatu ada ‘masa depan’, PAS mahu runding elak pertembungan tiga penjuru – Nik Abduh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Syura Ulamak PAS dalam mesyuaratnya baru-baru ini mengeluarkan kenyataan pentingnya usaha berterusan untuk memperkasakan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha menyatukan kuasa politik umat Islam,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Hal demikian, Majlis Syura Ulamak PAS sepakat mahukan perundingan kerusi MN dan PN perlulah dilaksanakan semaksimanya bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru dalam PRU15 nanti.

“Majlis Syura Ulamak juga menyeru agar semangat Taawun Siyasi terus disuburkan di kalangan pemimpin dan ahli politik parti-parti Melayu Islam melalui pertemuan bersemuka dan bermusyawarah secara berterusan.

“Segala permasalahan hendaklah dihadapi dengan kesabaran, berlapang dada, saling memaafkan selain mengelakkan perselisihan di media terbuka,” kata Nik Abduh dalam catatan di Facebooknya.

Jelas beliau, Majlis Syura Ulamak PAS adalah pemegang taruh kekuasaan tertinggi dalam perlembagaan PAS dalam memahami dan melaksanakan perintah al Quran dan as Sunnah.

“Saya mendoakan agar harapan Majlis Syura Ulamak tersebut diperkenankan Allah dan menjadi suatu kenyataan yang menyejukkan hati umat Islam dan rakyat Malaysia seluruhnya.

“Kestabilan politik negara adalah antara matlamat utama perjuangan politik Islam.

Kata Nik Abduh, perpaduan politik umat Islam adalah nikmat besar yang sepatutnya disyukuri dan dijaga.

“Justeru saya konsisten mencadangkan agar usaha menjaga dan mengukuhkan Muafakat Nasional adalah sebahagian daripada tanda kesyukuran kita kepada Allah di atas nikmat perpaduan.

“Segala kemajuan yang ingin kita capai selepas itu mestilah bertitik tolak daripada jaminan kemampuan dan kelestarian kita memugari Muafakat Nasional dengan sebaiknya.

“Kita umat yang biasa bertengkar dalam politik. Ia cerita lama yang kita terpaksa lalui dan terima. Ia sejarah perpecahan umat. Tetapi ia tidak boleh menjadi acuan politik Islam. Perpecahan bukan ketandaan umat Islam yang berjaya. Perpecahan akan terus mengekalkan kemunduran politik Islam,” ujar beliau.

Ahli Parlimen Bachok itu juga menyatakan Perikatan Nasional adalah usaha murni PAS.

“Jika UMNO bertegas menolaknya hari ini, maka ia sama sekali tidak boleh dilihat sebagai pengakhiran kepada Muafakat Nasioanl oleh kedua-dua parti PAS atau UMNO. Jalan-jalan penyelesaian bukanlah sukar untuk ditemukan.

“Demi sampai ke sesuatu destinasi, walaupun terhalang oleh kesesakan, kepadatan, kebingitan dan pelbagai halangan, pihak JKR pasti berusaha membina jalan-jalan susur, pintas, bertingkat-tingkat dan sebagainya.

“Lihatlah bandar-bandar besar di seluruh dunia termasuk bandar raya Kuala Lumpur. Tiada jalan mati. Kita mesti sampai ke destinasi impian.

“Begitulah sains politik Islam. Kejayaan politik Islam adalah bergantung kepada keupayaan kita memecah kebuntuan lama. Fiqh perpaduan haruslah diketengahkan sebagai tambah baik kepada maksud fiqh ikhtilaf. Kita perlukan pemimpin negara berjiwa kasih sayang yang luas dan damai seluas jiwa merdeka yang hanya sujud dan takut kepada Allah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat