MUDA tak guna duit sumbangan untuk beli arak -Syed Saddiq

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil menangkis tohmahan kononnya ahli parti itu menggunakan duit sumbangan orang ramai kepada mangsa banjir untuk ‘berjoli’ membeli minuman alkohol.

Tegas Ahli Parlimen Muar itu, ini tuduhan paling tak masuk akal.

“MUDA is an open book. Semua sumbangan 100 peratus disalurkan kepada mangsa banjir.

“Minggu lepas saya dah buat sidang media dan tunjuk semua resit transaksi Mari Bantu.

“Semua urusan direkod dan akan diaudit. Tak perlu nak buat tuduhan kononnya MUDA salah guna duit beli minuman alkohol,” jelas beliau.

Syed Saddiq memaklumkan MUDA wujud atas dasar toleransi.

“Selagi apa yang dibuat itu mengikut lunas undang-undang, tak apa lah.

“Parti ini, parti berbilang kaum. Bukan kesalahan untuk mereka minum lainlah kalau mereka memandu.

“Kita hormat hak mereka dan mereka hormat hak kita. Ini hak peribadi mereka,” ujarnya.

Malah katanya beliau percaya taktik murah dan lapuk ini adalah taktik mereka yang terdesak.

“Kalau betul-betul nak tularkan isu, tularlah isu salah laku dan curi wang rakyat. Bawalah isu rasuah, guna wang rakyat untuk kepentingan diri.

“Itu baru isu yang perlu diangkat, bukan isu makan minum orang.

“Saya sudah pesan kepada MUDA – Jangan terikut-ikut budaya tua dan lapuk begini. Fokus pada kerja dan khidmat kepada rakyat.

“Berani kerana benar. Kalau nak tahu lebih lanjut dengan perbelanjaan MUDA, boleh datang ke Command Centre Misi Banjir MUDA.

“Kalau nak bantu Misi Banjir MUDA, boleh pergi ke sini. Kita dah bantu lebih 5,000 keluarga dengan sumbangan tunai dan in kind lebih RM3.2 juta,” ulas Syed Saddiq.

Sementara itu, Tarmizi Anuwar menegaskan selaku Bendahari MUDA, unit kewangan tidak pernah meluluskan atau akan meluluskan tuntutan (claim) selain daripada bantuan banjir.

“MUDA komited menggunakan dana yang diterima secara bertanggungjawab dan telus.

“Kita hormat kepelbagaian budaya, dan kita tolak budaya fitnah,” ujarnya.

Semalam tular gambar memaparkan beberapa orang memakai baju dengan logo MUDA sedang meminum arak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat