Hargai bantuan banjir daripada swasta, korporat – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Kerajaan menerima baik keprihatinan sektor swasta dan korporat dalam membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa buah negeri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setakat Oktober, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Petronas, Yayasan Hasanah dan Pharmaniaga telah menyalurkan bantuan bernilai lebih RM10 juta.

“Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa dan jentera kerajaan itu menunjukkan kekuatan luar biasa rakyat untuk bersama-sama membantu menyelesaikan masalah dihadapi.

“Kerajaan menerima baik keprihatinan sektor korporat dalam membantu mangsa banjir. Setakat Oktober, GLC (syarikat berkaitan kerajaan) seperti PNB (Permodalan Nasional Berhad), Petronas, Yayasan Hasanah dan Pharmaniaga telah menyalurkan bantuan bernilai lebih RM10 juta.

“Insya-Allah hari ini juga, saya akan menerima sumbangan bantuan banjir daripada syarikat swasta terkemuka dengan jumlah terkumpul lebih RM35 juta, jadi di Dewan yang mulia ini, bagi pihak Dewan (Negara) saya ucapkan penghargaan kepada semua,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat