Kandungan lucah menggunakan AI meningkat – Teo Nie Ching

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kandungan lucah yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) semakin meningkat.

Jelasnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah menurunkan 1,225 kandungan setakat 1 Disember ini berbanding 186 pada 2022.

Selain itu kandungan berunsur pendedahan seksual kanak-kanak yang diturunkan juga meningkat daripada hanya 34 kandungan pada 2022 kepada 800 pada tahun ini.

“Oleh sebab itu kita mencadangkan dalam rang undang-undang untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dengan sesiapa didapati memberi komunikasi lucah bagi maksud komersial mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi RM1 juta atau kedua-duanya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan tambahan S.Kesavan (PH-Sungai Siput) berhubung langkah penguatkuasaan dan kawal selia bagi menghalang penyebaran kandungan lucah yang menyasarkan golongan belia.

Teo berkata teknologi AI juga digunakan scammer secara berleluasa apabila MCMC dalam tempoh 13 hari sahaja mengenal pasti 274 iklan di Facebook yang menyamar sebagai Jabatan Peguam Negara.

“Scammer ini membayar Meta untuk menipu warga Malaysia, sangat penting untuk kita pastikan bahawa platform ini dipertanggungjawabkan, mereka tidak boleh dibenarkan terima duit daripada scammer untuk tipu rakyat Malaysia,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat