Zahid berkhayal, mimpi di siang hari – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkhayal dan bermimpi di siang hari apabila menegaskan kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada Sabtu lalu tidak boleh dianggap sebagai referendum rakyat kerana ia hanya satu ‘kepompong’ kecil.

Timbalan Perdana Menteri itu turut mempersoalkan bagaimana 141,000 pengundi di Kemaman boleh dianggap sebagai satu referendum rakyat.

Bekas Ketua Pemuda Umno itu membenarkan kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) sambil membidas Zahid sebagai berkhayal atau delusional.

“Kenyataan ini adalah benar dan delulu pada masa yang sama. Memang benar kerana bilangan undian yang diterima PAS baru-baru ini adalah lebih kurang sama dengan jumlah undi yang diterima pada pada PRU-15 lalu.

“Pun begitu, ia delulu kerana 20,000 pengundi yang mengundi BN atau Pakatan Harapan (PH) pada PRU-15 lalu tidak mengundi BN kali ini.

“Ia berkemungkinan mereka sudah tidak hairan lagi untuk mengundi. Jadi, siapa yang mimpi di siang hari? soal Khairy.

Zahid sebelum itu berkata, “kita tidak boleh anggap sebagai referendum kerana itu satu kepompong kecil di Kemaman.

“Mana mungkin 141,000 pengundi di Kemaman dianggap sebagai satu referendum. Jadi kita harap mereka (Pas) tidak bermimpi di siang hari,” katanya.

Zahid berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa kemenangan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili Pas dalam PRK Kemaman membuktikan referendum rakyat terus berpihak kepada kepimpinannya dan gabungan PN.

Takiyuddin berkata, dengan meraih majoriti lebih besar sebanyak 37,220 undi yang mewakili sokongan 70 peratus pengundi di kerusi berkenaan bukan sahaja menunjukkan penerimaan terhadap kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Malah menurutnya, ia juga mengesahkan momentum sokongan menaik kepada PN dalam beberapa siri PRK pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) termasuk di Parlimen Kuala Terengganu dan Pulai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dan Pelangai.

Dalam pada itu, Zahid yang juga Presiden Umno menjelaskan bahawa tiada peningkatan sokongan terhadap calon PAS pada PRK Kemaman.

Sebaliknya, beliau berkata, terdapat kekurangan pengundi putih BN khususnya Umno membabitkan kira-kira 10,000 pengundi.

Sabtu lalu, Datuk Seri Ahmad Samsuri menewaskan pencabarnya, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menerusi pertembungan satu lawan satu.

Naib Presiden PAS tersebut memperoleh 64,998 undi, manakala Raja Mohamed Affandi yang merupakan bekas panglima Angkatan Tentera Malaysia mewakili Barisan Nasional (BN) mendapat 27,778 undi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat