Maya Karin bijak tangani situasi serangan panik

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Public Health Malaysia memaklumkan pelakon jelita, Maya Karin yang mendapat serangan panik atau ‘panic attack’ ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32), malam kelmarin bijak menangani situasi itu.

Public Health Malaysia menerusi kenyataan di Facebook berkata, tindakan Maya membuka kasutnya dan bernafas dengan baik adalah satu teknik yang betul.

“Tahniah diucapkan kepada Maya yang berjaya menangani dengan baik serangan panik semasa berada di pentas kelmarin.

“Maya Karin yang menjadi penyampai anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dilihat mula mengalami serangan panik sebaik saja berada di pentas. Mujur ada ‘Roy’ (watak Faizal Hussein dalam filem Gila-Gila Remaja) yang menjadi penyelamat membantu Maya melakukan teknik ‘grounding’ bagi meredakan situasi.

“Kasut dilepaskan adalah salah satu cara untuk ‘grounding’ selain mengambil nafas dalam. ‘Grounding’ adalah cara yang berkesan untuk menenangkan kebimbangan semasa serangan panik.

“Dalam proses ini, anda mengenal pasti objek di sekeliling anda untuk membantu otak anda mengenali di mana anda berada. Ini mewujudkan rasa selesa kerana anda tahu di mana anda berada dan anda berasa lebih mengawal keadaan,” katanya.

Menurut Public Health Malaysia, hanya individu yang mengalami serangan panik saja yang memahami situasi yang dihadapinya.

“Jika tidak ditangani dengan baik, serangan panik boleh menjadi lebih teruk dan pesakit boleh pitam. Anda sudah melakukan apa yang terbaik Maya dan menjayakan tugasan di pentas besar dengan baik,” katanya.

Kelmarin, Maya mengalami serangan panik ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang bersiaran secara langsung di Encore Melaka.

Situasi itu disaksikan penonton di dewan berkenaan serta penonton di rumah apabila pelakon jelita itu tiba-tiba menggigil dan gagal menyeimbangkan badan ketika membacakan anugerah bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat