‘Janganlah buat cerita tak betul pasal Nanad’

- Advertisement -

Kuala Lumpur : Pengarah, Shahrulezad Mohameddin kesal dengan tindakan satu portal berita yang meletakkan tajuk dianggap ‘bodoh’ mengenai situasi Nad Zainal sehingga membuatkan dirinya diganggu pelbagai pihak.

Judul bertulis ‘Salam Takziah Buat Nad Zainal. Ini Berita Yang Baru Diterima’ (bersama emoji tangisan) menyebabkan Shahrulezad menerima banyak mesej WhatsApp daripada orang sekeliling bertanyakan perkara sebenar yang berlaku terhadap pelakon terbabit sejak kelmarin.

“Mereka tanya ‘betul ker cik Ijat. Betul ker Nanad (Nad) dah **)? Korang (Anda semua) pemilik-pemilik ‘page’ ini memang sejenis spesis tiada hati perut ke? Memang manusia yang suka menangguk di air keruh atas musibah orang lain?

“Serius aku doakan satu hari nanti ada di kalangan ahli keluarga kamu akan lalui benda yang sama seperti kami kawan-kawan Nanad ini lalui sekarang.

“Masa itu aku harap sangat kamu akan ingat apa yang dah kamu buat pada Nanad. Disebabkan benda-benda bangang macam inilah punca orang jadi tak keruan. Kalau satu dua ‘page’ tak apalah juga. Ini masalahnya banyak!,” tulisnya di Instagram.

Menurutnya, mereka seperti berganding bahu apabila bergilir-gilir memuat naik hantaran melampau sebegini seorang demi seorang.

Shahrulezad berkata, apa-apa perkembangan terkini mengenai Nad akan dikemaskini oleh pelakon, Ungku Ismail di Instagram @ungkuismailaziz.

“Kalau kami tak ‘update’ (kemas kini) itu maksudnya Nanad dalam keadaan okey. Kami cuma akan ‘update’ benda- benda yang kami rasa penting dan perlu saja. Apa yang saya harapkan sangat sekarang ialah doa-doa yang baik-baik saja untuk kesembuhan Nanad,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,462FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat