Ernie Zakri tetap menyanyi walaupun kaki berbalut

- Advertisement -

Melaka : Ernie Zakri tetap meneruskan persembahan di malam Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) di Encore, Melaka, di sini, kelmarin walaupun dalam keadaan kaki berbalut dan tidak boleh berjalan secara normal.

Sebelum itu, kaki kanan penyanyi lagu Korban itu cedera selepas terjatuh di acara karpet merah FFM32.

Ernie tetap gagahkan diri naik ke atas pentas dan menghiburkan penonton dengan persembahan memukau lagu nyanyian Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee berjudul Getaran Jiwa.

Ernie menerusi perkongsian di Instagram berterima kasih dengan pasukan perubatan yang memberikan bantuan awal bagi merawat kakinya itu.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada pasukan perubatan yang berada di sana. Kesakitan tak terasa sehinggalah habis menyanyi.

“Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sambut kejatuhan saya tanpa gelak tawa. Saya tahu semua menahan gelak dan cemas pada masa yang sama.

“Anda memang hebat. Saya ‘drop’ (murung) tapi tetap teguh berdiri. Persembahan tetap perlu diteruskan orang kata,” tulisnya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram.

Rata-rata pengikut mendoakan Ernie segera sembuh dan meluahkan rasa kagum terhadap Ernie yang tidak kelihatan seperti menahan kesakitan sebaliknya kekal bertenaga dan mampu memberikan persembahan terbaik pada malam itu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat