Rampas Cintaku raih lebih 100 juta tontonan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Drama tempatan pertama terbitan aplikasi penstriman, iQIYI iaitu Rampas Cintaku dibintangi Fasha Sandha dan Afieq Shazwan melabuhkan tirai dengan meraih lebih 100 juta tontonan digital.

Rekod itu meletakkan drama rantaian Rampas Cintaku sebagai kandungan tempatan teratas yang sanggup dibayar pelanggan aplikasi penstriman itu.

iQIYI dalam kenyataan menyebut sepanjang 14 episod tayangan, drama Rampas Cintaku arahan Ejump Mohd secara konsisten mengungguli carta iQIYI Malaysia dalam kedudukan dua tempat teratas.

Rampas Cintaku yang disiarkan mulai 23 September lalu juga dilaporkan trending dalam platform media sosial TikTok sepanjang tempoh tayangannya.

Pengurus Negara iQIYI Malaysia, Singapura dan Brunei, Dinesh Ratnam, berkata pencapaian di luar jangkaan itu dianggap suatu kegembiraan buat syarikat.

“Kami sangat gembira apabila karya asli (original) tempatan dan Melayu pertama kami bermula dengan kukuh.

“Kami juga melihat bahawa rakyat Malaysia sanggup membayar untuk menonton karya tempatan premium ini.

“Kadar tontonan yang sangat tinggi ini jelas menunjukkan keinginan yang kukuh terhadap kandungan tempatan dengan jalan penceritaan asli yang nyata dan berbeza,” katanya dalam kenyataan kepada BH Online.

Mengenai strategi penyusunan kandungan jenama dalam aplikasi penstriman itu, Dinesh berkata, selain mahu menekankan unsur tempatan dalam pemilihan kandungan untuk menarik lebih ramai penonton terutama di Asia Tenggara, iQIYI memberi fokus kepada penambahbaikan senarai tontonan dengan pembayaran fleksibel dan penjadualan tontonan.

“Selaras dengan komitmen kami untuk menjadi hos kepada hiburan Asia yang digemari, kami menilai perbezaan antara permainan nombor dengan pendekatan setempat apabila ia berkaitan dengan sumber cerita.

“Fokus kami adalah untuk lebih berani membawakan jalan cerita unik yang mewakili intipati komuniti tempatan yang tidak dimiliki oleh platform lain, selain mewujudkan ekosistem kandungan tempatan yang kukuh.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk menambah nilai kepada cita rasa pelanggan kami yang pelbagai, pilihan hiburan dan mereka yang sanggup membayar untuk menyokong kandungan yang dahulunya khusus atau percuma,” katanya.

Tambah Dinesh, pihaknya juga mengambil kejayaan Rampas Cintaku sebagai contoh untuk mencipta laluan yang sangat meyakinkan bagi menjana pendapatan dan keuntungan.

Kenyataan iQIYI menambah, kejayaan drama Rampas Cintaku dianggap suatu permulaan yang kukuh kepada rangkaian siri original tempatan platform Over-The-Top (OTT) ini dalam membuka jalan kepada produk asli tempatan untuk menawarkan potensi aliran keuntungan kepada iQIYI di Malaysia.

Menurut laporan Asia Video Content Dynamics 2022, dari Januari hingga Julai lalu, Malaysia merekodkan sejumlah 2.4 bilion jam penstriman video.

Walaupun penggunaan OTT di Malaysia dipelopori kandungan Inggeris dan Korea sejak beberapa tahun lalu, iQIYI bagaimanapun melihat permintaan yang semakin meningkat bagi kandungan tempatan dari penonton Malaysia.

Beberapa drama Melayu berjaya melakar kejayaan besar di platform penstriman ini, dengan Rampas Cintaku menempa nama sebagai drama Melayu paling menguntungkan.

Rampas Cintaku terbitan MIG Productions berkisar Rizal lakonan Afieq, lelaki muda yang ingin berjaya tetapi terpaksa menanggung adiknya Rina dan ibu saudaranya, Mak Mgah Ila.

Rizal didesak bekerja siang dan malam semata-mata mahu membayar hutang. Desakan itu membuatkan Rizal mengikut kawan baiknya, Ashraf bekerja di sebuah kelab malam yang akhirnya menemukan Rizal dengan wanita kaya, Datin Safieya lakonan Fasha yang sedang kecewa atas kecurangan suaminya, Datuk Jefri (Zarul Husin).

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat