PAS boleh terima Amanah jika tinggalkan DAP dan Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS berpendirian sedia menerima Amanah semula sekiranya parti serpihan mereka itu nekad meninggalkan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Pemuda PAS merangkap Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ir. Khairil Nizam Khirudin dalam Segmen Wawancara CePumas bersama Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan memberitahu, PAS terbuka menerima ‘kepulangan’ Amanah jika tidak bersekongkol lagi dengan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khairil Nizam memberitahu Shahril bahawa jangan sesekali menyamakan Bersatu dengan Amanah meskipun kedua-dua parti tersebut dalam kategori sama iaitu ‘serpihan’ UMNO dan PAS.

“Jangan samakan Bersatu dengan Amanah. Sebab Amanah bersekongkol dengan DAP, Bersatu tidak bersekongkol dengan DAP.

“Dan saya yakin kalau Amanah tidak bersama dengan DAP ataupun Datuk Seri Anwar Ibrahim. Insyallah PAS boleh menerima mereka kembali.

“Sekiranya Amanah keluar daripada PH dan nak bersama dengan PAS. PAS sedia menerima demi perpaduan ummah, kenapa tidak,” katanya dalam wawancara itu semalam.

Beliau turut menyatakan bahawa PAS menyedari UMNO tidak selesa menerima Bersatu namun perlu diingatkan bahawa sejarah 60 tahun peperangan UMNO dan PAS sebelum ini boleh dileraikan mengapa tidak UMNO memilih jalan damai dengan Bersatu.

“Kalau episod yang panjang ini saya dan rakan-rakan Pemuda PAS boleh menerima rakan-rakan pemuda UMNO seperti mana rakan-rakan pemuda UMNO menerima kami seadanya.
“Maka kami nampak ada jalan untuk kita menenangkan orang di bawah sebab isu penting sekarang ini ialah musuh di luar yang bernama PH) lebih besar daruratnya.

“Kalau kita (Pas dan UMNO) bertembung dan kalau kita tidak mahu untuk belajar menerima di antara kita maka yang mendapat keuntungannya ialah PH. Apakah Shahril mahu kalau kita bertembung dan memberikan kemenangan kepada PH, kalau Shahril mahu .. silakan,” ujarnya.

Khairil Nizam berpendapat, beliau akan tetap membawa Pemuda PAS supaya menjadi penyatuan ummah.

“Kita masuk kasut UMNO, kita tahu UMNO ada sedikit kegusaran dengan rakan-rakan Bersatu tetapi Insyallah akan ada titik-titik persamaan, jangan lihat kepada titik yang memburukkan, lihat kepada titik persamaan,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat