Muhasabah Diri Peja – Farhash

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menasihati Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu supaya bermuhasabah diri setelah ditolak oleh parti komponen sendiri walaupun hanya sembilan bulan bersama.

Dalam kenyataan di Facebooknya, Farhash berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri Perak menunjukkan semangat kesepakatan dalam menjamin masa depan rakyat dengan menolak Ahmad Faizal Azumu yang gagal mendapat kepercayaan.

“Usul dari Pengkalan Baharu Datuk Abd Manaf Hashim yang telah disegerakan membuktikan bahawa kerajaan Peja (Ahmad Faizal) tidak ada keabsahan,” katanya.

Farhash bagaimanapun memberitahu, PKR Perak menerima keputusan ini dengan baik dan kita akan memberikan kerjasama dengan kerajaan negeri agar fokus kepada kebajikan rakyat tidak terabai.

“Ketika ini kita dilanda wabak Covid-19 maka jika PilihaN Raya Negeri (PRN) diadakan ianya hanya akan memudaratkan rakyat.

“Namun apa yang jelas adalah Peja telah ditolak di dalam Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Dalam sesi pagi tadi, sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu manakala cuma 10 yang menyokongnya dan satu undi rosak atau berkecuali.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat