Juruiring VIP pukul pemandu e-hailing OKU didakwa hari ini – Polis KL

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan juruiring kepada orang kenamaan yang memukul pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) di sebuah hotel pada 28 Mei lalu akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.

Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan ringkasnya berkata, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Kata kenyataan itu, pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Kuala Lumpur.

Sebelum ini, media melaporkan pemandu kenderaan e-hailing terbabit mendakwa dipukul seorang pengiring keselamatan bagi rombongan kenamaan di lobi hotel di ibu negara sebelum menarik balik laporan polis dibuatnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata, individu berkenaan telah membuat laporan polis keduanya pada 28 Mei lalu, untuk menarik balik laporan pertamanya yang dibuat pada hari sama.

Susulan laporan itu, beliau berkata, polis merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kata beliau, siasatan itu turut melibatkan juruiring terbabit serta pekerja hotel di lokasi kejadian berlaku.

Menurut beliau, turut diambil keterangan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) PDRM, anggota juruiring kepada kenamaan, rakan pengadu, doktor dan pengarah operasi Grab.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat