Pembangkang akan bawa suara rakyat lebih keras – Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) nekad untuk tidak tunduk dengan cubaan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH)- Barisan Nasional (BN) yang didakwa cuba menutup mulut pembangkang dengan pelbagai cara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan, pembangkang akan tetap menjadi suara rakyat bahkan lebih keras meskipun kerajaan PH-BN ini cuba menutup mulut kami dengan pelbagai cara yang zalim.

“Solidariti kami bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Mahkamah Gua Musang hari ini yang didakwa hanya berkata benar.

“Rakyat sedang memerhati,” kata Hamzah.

Terdahulu media melaporkan, Mahkamah Sesyen di Gua Musang, Kelantan hari ini, menetapkan 15 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa atas pertuduhan mengeluarkan perkataan menghasut di Felda Perasu, Ogos lalu.

Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri menetapkan tarikh berkenaan selepas peguam Muhyiddin memohon kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Pada prosiding hari ini, Muhyiddin diwakili enam peguam peguam diketuai Amer Hamzah Arshad, manakala lima Timbalan Pendakwa Raya yang diketuai Azlina Rasdi bagi pihak pendakwaan.

Terdahulu, peguam mewakili Muhyiddin iaitu Amer Hamzah ketika ditemui di luar mahkamah berkata, pihaknya memohon kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi kerana kes berkenaan membabitkan undang-undang yang penting termasuk isu pelantikan Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat