Debat Najib – Mahathir: Nanti kami tengok dulu kata pegawai Mahathir

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Pegawai khas kepada Tun Dr Mahathir Mohamad mahu meneliti terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang persetujuan berhubung cabaran debat terbuka yang dilontarkan oleh Datuk Seri Mohd Naiib Tun Abdul Razak.

“Dia (Najib) cakap di mana, tak apa nanti kami tengok dulu,” kata Sufi Yusof ketika dihubungi sebentar tadi.

Terdahulu, Najib ketika menjawab komen yang diberikan pengguna Facebook berkata pihaknya bersedia pada bila-bila masa untuk berdebat dengan Ahli Parlimen Langkawi itu.

“No problem. Masa saya PM, dia ajak debat saya tak mahu.Masa dia PM7, saya ajak debat dia tak mahu.

“Sekarang kita berdua bukan lagi PM, kita boleh debat jika dia mahu. Anytime!,” katanya.

Komen Najib itu kemudiannya di sokong para pengikutnya yang berharap agar cadangan tersebut segera direalisasikan bagi membolehkan rakyat di negara ini menilai kebenaran di sebalik semua dakwaan yang di lontarkan oleh Mahathir.

Untuk rekod, Najib dan Mahathir sebelum ini tidak pernah duduk sepentas untuk berdebat bagi menjawab isu-isu yang dibangkitkan.

Mahathir pernah beberapa kali mencabar Najib berdebat sebelum ini, bagi menjawab semua kritikan yang dilemparkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat