PUTRAJAYA — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri semalam mengadakan perbincangan isu semasa meliputi pelbagai aspek.
Anwar menerusi hantaran di Facebook rasminya berkata, pertemuan tersebut adalah dalam rangka kerjasama dua negara serumpun Malaysia-Indonesia.
“Dalam pertemuan ini kami juga bertukar pandangan terkait hubungan dua negara sahabat yakni Malaysia dan Indonesia yang perlu terus diperkukuh.
“Turut dibincangkan adalah soal tantangan semasa yang dihadapi meliputi pelbagai aspek dan bagaimana kedua-dua saudara serumpun ini bekerjasama mencari solusi demi manfaat bersama,” katanya.
Megawati hadir ditemani puterinya yang juga Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI) Puan Maharani Nakshatra Kusyala Devi.
Dalam pada Itu Anwar turut menyampaikan ucapan tahniah atas penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sosial oleh Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) kepada IMegawati semalam.