Polis serbu premis, tahan 10 individu terlibat pemalsuan dokumen

- Advertisement -

PETALING JAYA – Polis menahan 10 individu yang terlibat dalam sindiket pemalsuan dokumen dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Gombak, Setapak dekat sini semalam.

Serbuan tersebut hasil kerjasama sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Wangsa Maju dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kontinjen Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, tangkapan melibatkan enam suspek merupakan wanita dan empat lelaki berusia antara 21 hingga 36 tahun.

Katanya, sindiket tersebut menawarkan melalui laman sosial perkhidmatan kepada individu yang ingin mendapatkan pinjaman wang dari institusi bank tempatan dengan memalsukan dokumen untuk dikemukakan kepada pihak bank.

“Pemeriksaan mendapati sindiket ini telah beroperasi selama empat tahun di sekitar Kuala Lumpur.

“Dalam serbuan itu, kita turut merampas l tiga set komputer, 77 keping kad ATM pelbagai bank, 10 unit telefon bimbit.

“Turut dirampas cop getah atas nama pelbagai syarikat dan beberapa pukal dokumen bank, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), CTOS dan penyata gaji atas nama pelanggan yang disyaki digunakan dalam menjalankan kegiatan pemalsuan dokumen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Jelasnya, kesemua tangkapan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai, dinasihatkan agar jangan mudah percaya dengan tawaran dari mana-mana pihak yang tidak dikenali dan sentiasa berwaspada membuat semakan terlebih dahulu sebelum melakukan urus niaga,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat