Naib Canselor UPSI Nafi Kenyataan Ebiet Lew

- Advertisement -

CYBERJAYA – Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran menafikan beliau mendesak aktivis masyarakat Ebit Lew meminta maaf kepadanya secara terbuka.

Harian Kosmo melaporkan penjelasan Mohammad Shatar, “Saya menghubungi Ebit Lew menjelaskan situasi dengan baik dan beliau memohon maaf. Bagaimanapun saya kata jangan minta maaf kepada saya, tetapi minta maaf kepada masyarakat.”

Naib Canselor UPSI tersebut sebelum ini dikecam ramai warganet berikutan kenyataan Ebiet Lew dalam Facebooknya, “Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran UPSI terutama vice cancelor Prof Dato sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka.”

Menurut Mohammad Shatar lagi, pihak pengurusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak marah dengan tindakan Ustaz Ebit Lew menyediakan bas untuk menghantar pelajar universiti itu pulang ke kampung masing-masing.

Namun ia perlu dimaklumkan kepada pihak pengurusan universiti terlebih dahulu dan mengikuti prosedur ditetapkan.

“Ebit Lew perlu juga memahami bahawa pihak pengurusan universiti perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan Majlis Keselamatan Negara dalam proses penghantaran pulang pelajar.”
.
Mohammad Shatar turut menafikan kenyataan Ebit Lew yang mengambarkan seolah-olah pelajar universiti itu terkandas dan tidak mendapat makanan.

Menurut beliau dakwaan ini tidak benar kerana pelajar terbabit diberi makanan dan minuman yang mencukupi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat