293 Jangkitan Baru Covid Termasuk 126 Kes Di Sabah & 112 Kluster Penjara Di Kedah

- Advertisement -

PETALING JAYA – Sebanyak 293 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini, sementara 67 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 292 melibatkan penularan dalam negara dan 1 kes import.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 12,381 kes Covid-19 dengan 10,283 daripadanya disahkan sembuh.

Jumlah pesakit yang kini dirawat di hospital mencecah 1,961 orang di seluruh negara.

Tiada kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kekal 137 orang.

Sementara itu, 28 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 4 memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Daripada 292 kes penularan tempatan, 30 merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes yang dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 Sept 2020 sebanyak 206 kes,” katanya.

Noor Hisham berkata, Sabah kekal mencatat jumlah jangkitan harian tertinggi membabitkan 126 jangkitan hari ini diikuti Kedah dengan 113 kes dan Selangor 31.

“Di Sabah terdapat 126 jangkitan baru dengan 13 kes daripada kluster Bangau-Bangau, 14 daripada kluster Benteng LD, 4 daripada kluster baru, iaitu kluster Kau Sing, 78 kes saringan bergejala, 12 kes saringan kontak rapat yang melibatkan warganegara, 2 kes saringan masuk kerja yang melibatkan warganegara, 1 kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan warganegara, 1 kes saringan komuniti, dan 1 kes saringan masuk wad.

“Di Kedah ada 113 dilaporkan hari ini, dengan 112 kes daripada kluster Tembok dan 1 kes daripada kluster Bah Rose yang melibatkan warganegara.

“Di Selangor 31 dilaporkan hari ini, dengan 13 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi Sabah, 13 kes daripada kluster Jalan Meru, 3 kes daripada kluster baru, iaitu kluster Embun dan 2 kes saringan kontak rapat,” katanya.

Sementara itu, di Johor terdapat 8 kes, Wilayah Persekutuan Labuan (5), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2), Negeri Sembilan (2), Perak (2), Pulau Pinang (1), Kelantan (1) dan Sarawak (1). – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat