Terserah mahkamah tentukan Zara terjun atas kehendak sendiri atau sebaliknya – pakar patologi forensik

KUALA LUMPUR – Pakar Patologi Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) Dr Jessie Hiu menyerahkan kepada Mahkamah Koroner untuk menentukan sama ada Allahyarham Zara Qairina Mahathir terjun dari asrama atas kehendaknya sendiri atau sebaliknya.

Beliau berkata demikian ketika disoal Datuk Ram Singh mengenai kemungkinan remaja berusia 13 tahun itu melompat sendiri dari tempat kejadian.

Ram adalah peguam mewakili seorang daripada lima remaja yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak kerana disyaki terbabit membuli arwah Zara Qairina

Ram: Berdasarkan keterangan anda hari ini dan semalam, anda menyatakan bahawa Zara tidak terjatuh secara tidak sengaja dan juga tidak ditolak. Soalan saya, jika ia bukan satu kemalangan dan bukan kerana ditolak, adakah terdapat kemungkinan yang dia melompat atas kehendaknya sendiri?

Dr Jessie: Dia berdiri di atas lantai berhampiran pagar, bukan di atas pagar seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

Ram: Jika bukan secara tidak sengaja dan bukan kerana ditolak, ketika berdiri atau duduk di atas pagar, adakah kemungkinan untuk menolak yang dia terjatuh atas kehendaknya sendiri?

Dr Jesie: Itu terserah kepada mahkamah untuk menentukan.

Ram: Apakah definisi yang digunakan dalam situasi seperti ini bahawa si mati melakukannya sebagai satu perbuatan membunuh diri?

Dr Jessie: Sama juga, terserah kepada mahkamah membuat keputusan mengenainya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat