RMKe-13 umpama banglo impian Yusoff tanpa duit – Hamzah sindir keupayaan fiskal kerajaan

KUALA LUMPUR, – Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin menyindir kemampuan kerajaan melaksanakan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) dengan mengibaratkannya sebagai “banglo impian Yusoff tanpa duit” satu analogi yang bukan sahaja menyentuh soal fiskal negara, tetapi dipercayai ditujukan secara sinis kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapannya di Dewan Rakyat, Hamzah menceritakan watak rekaan bernama Yusoff yang bercita-cita membina banglo mewah tetapi gagal kerana tidak mempunyai perancangan kewangan yang kukuh.

“Yusoff begitu teruja reka bentuk, warna dinding, perabot mewah… tapi akhirnya banglo idaman itu kekal angan-angan sebab Yusoff tak ada wang mencukupi,” kata Hamzah.

Penggunaan nama “Yusoff” sebagai satu sindiran halus kepada Perdana Menteri yang dikenali sering merujuk kisah Nabi Yusuf A.S. dalam ucapan-ucapannya terutamanya sebagai lambang integriti dan kebijaksanaan pengurusan kewangan sewaktu menjadi Menteri Kewangan era 1990-an.

Dalam ucapan RMK-13 dan sebelum ini, Anwar sering memetik Surah Yusuf ayat 43–49 sebagai asas moral kepada perancangan ekonomi negara.

Namun bagi Hamzah, perbandingan itu dilihat tidak lagi sepadan dengan realiti pentadbiran hari ini.

“Impian tak salah. Tapi tanpa perancangan dan kemampuan fiskal sebenar, rakyatlah yang akan menanggung akibatnya,” tambah beliau.

Dari mana datang RM430 bilion?

Hamzah mempersoalkan keupayaan sebenar kerajaan untuk menampung RM430 bilion daripada perbelanjaan keseluruhan RMK-13 tanpa menambah hutang atau membebankan rakyat.

Beliau memberi amaran bahawa tanpa ketelusan fiskal, kerajaan mungkin terpaksa memperluas cukai SST, memperkenalkan cukai baharu dan menarik subsidi, sekali gus meningkatkan kos sara hidup.

“Rakyat melihat perancangan besar ini, tapi mereka juga rasa perit di pasar. Harga naik, gaji tak naik. Adakah ini pembangunan yang dijanjikan?” soal beliau.

Ketua Pembangkang turut menegaskan bahawa keadaan ekonomi global tidak memihak kepada pelaksanaan pelan berskala besar. Antara yang dibangkitkan:

  • Penurunan harga minyak mentah dunia kepada purata USD63.60 setong.
  • Lebihan dagangan Malaysia susut hampir 50% dalam dua tahun.
  • Kebimbangan terhadap pelaksanaan tarif balas oleh Amerika Syarikat.

“Kalau RMKe-13 mahu jadi pelan kebangsaan yang berjaya, ia mesti lebih daripada sekadar kata-kata indah dan rujukan sejarah. Ia mesti berpijak di bumi nyata,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat