Tun M Cuma Alami Jangkitan, Dirawat Di IJN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Selasa lalu kerana mengalami jangkitan.

Menerusi dua keping gambar yang dikongsi Pejabat Dr Mahathir pada Khamis, bekas Perdana Menteri dan kini Pengerusi Proklamasi Orang Melayu (POM) itu kelihatan berada dalam keadaan stabil.

Dr Mahathir yang juga bekas Ahli Parlimen Langkawi itu dilihat menulis surat dan meneliti beberapa fail di wad beliau ditempatkan.

Sebelum ini tular di media sosial kononnya Dr Mahathir sedang berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di IJN.

Dr Mahathir pada Januari tahun lalu pernah dimasukkan ke IJN selama 16 hari selepas menjalani prosedur perubatan elektif.

Difahamkan Dr Mahathir dijangka dibenarkan keluar daripada IJN pada pagi Jumaat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat