Kalau Betul Mahathir Nak Tolong Melayu, Masa Jadi PM 22 Bulan Dulu Patut Tolong

- Advertisement -

CYBERJAYA – Presiden PKR, Seri Anwar Ibrahim menagskan pendiriannya tidak akan menyokong inisiatif Tun Dr Mahathir Mohamad yang memperkenalkan gagasan baharu berteraskan agenda Melayu dan Islam dikenali sebagai Gerakan Tanah Air. (GTA)

Memetik laporan Sinar, Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata sekiranya benar Dr Mahathir mahu membela Melayu dan Islam, semasa beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 bulan ketika bersama Pakatan Harapan (PH) lagi sepatutnya sudah menolong mereka.

“Saya tidak mendukung inisiatif seperti itu kerana kalau betul dia nak bela Melayu dan Islam, ada 22 bulan dia patut sudah tolong,” katanya, dipetik dari laporan itu.

Dalam pada itu, Anwar menambah, orang Melayu pada masa ini perlu sedar masalah dalam negara.

“Saya fikir orang Melayu sekarang patut sedar masalah dalam negara ini adalah pimpinan baik Melayu ataupun bukan Melayu, yang rasuah, yang memperkayakan anak-anak dan keluarga mereka.

“Dan kemudian bila terdesak akan merayu untuk mendapatkan dukungan orang-orang Melayu atau kaum masing-masing termasuk parti Cina atau India,” jelasnya.

Menurut Anwar, isu pokok pada masa ini adalah pengurusan kerajaan yang baik.

“(Iaitu) apa dia? Memilih pimpinan yang tidak merompak dan mencuri kekayaan.

“Siapa yang diketahui merompak kekayaan negara, memperkayakan anak-pinak dan keluarga dedahkan dan mereka harus berundur,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat