Perhimpunan Agung UMNO 23-26 November – Ahmad Maslan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: UMNO telah menetapkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akan berlangsung 23-26 November 2022.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, bagi Persidangan Cawangan akan mula bermesyuarat pada 15 Ogos hingga 18 September depan, manakala Persidangan Bahagian pada 14 hingga 16 Oktober 2022.

Bagi Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian akan berlangsung 7-9 Oktober 2022.

Ahmad berkata demikian selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengadakan Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Menara Dato Onn, pada Khamis malam.

Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga turut hadir pada Mesyuarat MKT UMNO itu.

Dalam pada itu, Ahmad juga menjelaskan tiada pemilihan jawatan akan berlangsung pada tahun ini.

MKT merakamkan ucapan terima kasih atas kelulusan RoS untuk menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya berlangsung tahun ini.

“Tidak ada pemilihan jawatan dalam Persidangan Cawangan, Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan Perhimpunan Agung; tiada pemilihan jawatan disemua peringkat pada kali ini.

“MKT memperakukan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan sedikit pindaan terhadap Perlembagaan UMNO yang berkuatkuasa mulai 29 Julai 2022. MKT merakamkan ucapan terima kasih atas kelulusan yang diberikan itu.” katanya.

Selain itu, MKT menggesa Negeri-negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional hendaklah melakukan langkah untuk meminda undang-undang tubuh/enakmen negeri masing-masing setelah Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan larangan lompat parti selesai digazetkan.

MKT juga memperingatkan agar jentera parti disemua peringkat menumpukan kepada kesiapsiagaan bagi menghadapi PRU-15, bila pun tarikhnya yang akan ditentukan, ujar Ahmad. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat