Pemecatan Jawatan Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Bersatu Tidak Sah – Gobi Krishnan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – S Gobi Krishnan yang dipecat sebagai Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta jawatan lain menyifatkan tindakan itu tidak sah.

Lantaran itu, beliau sedang menimbang untuk menyaman Ketua Sayap Bersatu, Dr Chong Fat Full yang memecatnya semalam.

“Saya ambil maklum terhadap pemecatan saya oleh Chong atas tuduhan yang tidak sah iaitu tindakan pertama yang beliau lakukan setelah dilantik secara rasmi oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) semalam.

“Tindakan gopoh ini jelas tidak menunjukkan beliau sebagai seorang pemimpin yang berkaliber. Ini bertentangan dengan Perlembagaan parti kerana beliau hanya Ketua Sayap Bersekutu berstatus penaja yang tiada kuasa lantik atau pecat,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Tindakan Fat Full itu, katanya, jelas membelakangkan Presiden Bersatu dan MPT memandangkan hanya Lembaga Displin Bersatu sahaja boleh mengambil tindakan demikian.

Fasal 22.1 dan 22.5 Perlembagaan Parti jelas dalam hal ini, yang mana sebarang aduan untuk pelucutan jawatan harus dibawa kepada Lembaga Disiplin dan ada prosesnya iaitu Lembaga Disiplin akan menyiasat, memanggil yang dituduh dan mendengar penjelasan, seterusnya membuat keputusan,” tambah beliau.

Gobi berkata, beliau akan membuat laporan rasmi kepada Setiausaha Agung parti serta Lembaga Disiplin kerana tindakan Fat Full yang melangkaui bidang kuasanya.

“Setakat ini, jawatan Ketua Penerangan Sayap Bersekutu saya masih berjalan seperti biasa. Saya juga akan mengambil tindakan undang-undang menyaman Fat Full dalam masa terdekat ini,” tegasnya.

Semalam, Fat Full memecat Gobi berkuatkuasa serta- merta selepas disahkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia sejak Januari 2021.

Sebelum ini, MalaysiaGazette difahamkan seorang pemimpin MIC, Timbalan Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan, Pala Kumaran mempersoalkan bagaimana seorang individu yang didakwa telah muflis masih mampu memegang jawatan Ahli Lembaga Pelesenan (Eksais) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pala Kumaran juga mendakwa individu terbabit memegang jawatan bersekutu Bersatu.

Setakat ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur masih belum lagi membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu namun menurut sumber dalaman DBKL, sebuah laporan kepada pihak berkuasa telah dilakukan berhubung isu ini semalam. -MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat