Isu ‘Kesihatan Mental’ Antara Perbincangan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN-Australia : Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN-Australia yang sedang berlansung masuk hari ke-2 memfokuskan perbincangan berkaitan Kesihatan Mental akibat pandemik Covid-19.

Menteri Kanan Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ASEAN mengulangi pendirian untuk terus bekerjasama rapat dengan Australia melalui perkongsian maklumat dan pendekatan terbaik dalam menangani masalah ini serta kesan-kesan lain akibat #COVID19.

“Memandangkan Malaysia merupakan Negara Penyelaras Dialog ASEAN-Australia, saya dan rakan sejawat, PYT Marise Payne mempengerusikan bersama Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN-Australia tadi.

“Kesihatan Mental antara yang menjadi fokus utama perbincangan di mana ASEAN mengulangi pendirian untuk terus bekerjasama rapat dengan Australia melalui perkongsian maklumat dan pendekatan terbaik dalam menangani masalah ini serta kesan-kesan lain akibat #COVID19.” kata Hishammuddin.

Terdahulu, Hishammuddin mengetuai delegasi Malaysia di Mesyuarat Menteri – Menteri Luar Negeri ASEAN Ke-54 (AMM Ke-54) dan Mesyuarat – Mesyuarat berkaitan secara persidangan video mulai 2 hingga 7 Ogos 2021.

Semasa AMM ke-54, Menteri Luar Negeri ASEAN akan membincangkan kemajuan Pembangunan Komuniti ASEAN, Keutamaan dan Hasil Utama ASEAN termasuk strategi bersama pemulihan sosio-ekonomi COVID-19, pelaksanaan Pelan Pembangunan Keselamatan Politik ASEAN 2025, isu-isu serantau serta persiapan untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 dan Mesyuarat – Mesyuarat yang Berkaitan, yang dijadualkan pada Oktober 2021.

Dalam pada itu, antara perbincangan dalam Mesyuarat ASEAN-Australia tersebut ialah meningkatkan usahama dalam rakan kongsi perdagangan dan berkaitan Laut China Selatan dan Semenanjung Korea.

“Selain itu, kepentingan ekonomi turut diperhalusi di mana ASEAN-Australia saling berkongsi tekad untuk meningkatkan lagi usahasama, bukan sahaja untuk kekal sebagai rakan kongsi perdagangan yang signifikan tetapi juga saling membantu demi memulihkan ekonomi di era pasca pandemik.

“Dalam pada itu, perkara berkaitan Laut China Selatan dan Semenanjung Korea turut dibincang secara konstruktif. Terima kasih Australia!.” katanya lagi. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat