Nak gugur kes baik bodek PM bukan lawan – Najib bidas Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Memandangkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat cuba menyalahkan “kluster mahkamah” kerana menentang beliau sehingga mengheret negara dalam polemik politik.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, jika benar dakwaan Muhyiddin adalah lebih untung jika “kluster mahkamah” memihak kepadanya bukan menentang beliau.

“Akhirnya dia (Muhyiddin) salahkan dan menipu bahawa mereka yang tarik sokongan terhadap dia adalah mereka yang mahu kes digugurkan.

“…sedangkan cara terbaik untuk gugurkan (kes mahkamah) ialah dengan membodek dan bukan melawan dia,” tempelak Najib.

Najib juga turut mengkritik Muhyiddin yang sembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa cuma lapan orang Ahli Parlimen UMNO tidak menyokong beliau malah mengakui masih memiliki sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Dia kata Yang di-Pertuan Agong minta dia buktikan ada sokongan majoriti. Dia kata Agong titah hanya 8 orang ahli Parlimen UMNO yang tarik sokongan terhadap dia.

“Ingat. Dia kata lapan sahaja. Dia kata dia percaya bahawa dia masih ada sokongan majoriti.

“Tapi dia berjanji pada Agong akan usulkan undi percaya terhadap dia pada sesi Parlimen bulan September.

“Kenapa pula bukan sekarang memandangkan kita baru masuk bulan Ogos?

“Sebab Covid-19 masih serang Parlimen ke? Tapi saya tengok mereka yang kononnya terdedah pada Covid-19 dalam Parlimen sudah bebas ke sini dan ke sana – siap meeting tiap-tiap malam di rumah,” bidas Najib.

Hari ini Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri tidak disenangi sesetengah pihak kerana ketegasan beliau enggan mencampuri urusan mahkamah.

“Saya tahu bahawa mereka kurang senang dengan ketegasan saya untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka.

“Ini termasuk desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah,” dedah beliau dalam perutusan khas pada Rabu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat