Mahdzir tiada maklumat ganti Shamsul Anuar jadi Menteri Tenaga dan Sumber Asli

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Mahdzir Khalid memaklumkan beliau tidak mengetahui mengenai pelantikannya sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkuat kuasa 9 Ogos ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman mengenai pelantikan tersebut yang mula tersebar semalam.

“Saya tidak ada menerima sebarang makluman mengenai berita (pelantikan sebagai menteri) yang disebarkan sejak semalam,” katanya dalam catatan Twitternya hari ini.

Mahdzir demikian sebagai mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini mengenai pelantikan beliau sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Manusia berkuat kuasa 9 Ogos ini.

Ia bagi menggantikan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah yang meletakkan jawatan kerana mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti semalam.

Menurut laporan itu, lantikan Mahdzir dibuat berdasarkan pengalaman beliau yang pernah memegang beberapa portfolio penting dalam Kabinet, sekali gus mampu membantu untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit.

Mahdzir sebelum ini pernah menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dari Mei 2013 hingga Julai 2015, sebelum memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan sehingga 2018.

Beliau juga adalah bekas Menteri Besar Kedah dari Disember 2005 hingga Mac 2008.

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM), Mahdzir pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pembangunan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), selain Timbalan Pengerusi Penggalakan Pelancongan Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan.

Semalam, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat