Kes Zahid Hamidi Ditangguh 24 Ogos

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perbicaraan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung 47 pertuduhan membabitkan dana Yayasan Akalbudi yang dijadualkan esok ditangguh sehingga 24 Ogos.

Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Presiden Umno itu ketika dihubungi oleh Bernama memberitahu perbicaraan ditangguh selepas seorang daripada peguamnya terdedah dan beberapa staf di pejabatnya disahkan positif COVID-19.

“Saya membuat permohonan itu kepada mahkamah pada 2 Ogos lepas kerana kesukaran untuk mengakses dokumen-dokumen perbicaraan yang kini berada di pejabat. Mahkamah telah benarkan penangguhan itu.

“Pejabat terpaksa ditutup sementara waktu berikutan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan staf di firma saya,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran, yang mengetuai pasukan pendakwaan, mengesahkan penangguhan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat