Pembangkang tak percaya Muhyiddin ada majoriti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Blok pembangkang mempersoal kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa masih mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.

Menerusi satu kenyataan bersama, mereka kekal dengan pendirian menolak kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

“Adalah mustahil Muhyiddin masih mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat selepas pengumuman penarikan balik sokongan sejumlah Ahli Parlimen kerajaan semalam.

“Kami juga kekal dengan pendirian bahawa Muhyiddin dan seluruh Jemaah Menteri mesti meletakkan jawatan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh tiga pemimpin utama Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Mohamad Sabu (Amanah) dan Lim Guan Eng (DAP).

Turut bersama mengeluarkan kenyataan itu adalah Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO), Baru Bian (PSB), Datuk Masir Kujat (PSB) dan Maszlee Malik (Bebas).

Muhyiddin dalam Perutusan Khas pada Rabu berkata, beliau masih mempunyai sokongan majoriti dan isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri tidak berbangkit.

Katanya, beliau telah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Rabu, bahawa sejumlah akuan bersumpah (SD) daripada ahli-ahli Dewan Rakyat, yang menurut dirinya masih mempunyai sokongan majoriti.

Jelas Perdana Menteri lagi, Agong telah berkenan untuk beliau menentukan keabsahannya di Parlimen melalui undi percaya pada September ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat