Shafie Apdal Pertahan Kerusi WARISAN

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Datuk Seri Shafie Apdal akan mengekalkan kerusi sedia ada partinya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Presiden Parti arisan Sabah (WARISAN) itu berkata, pihaknya menetapkan kerusi yang sudah dimenangi parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 yang lepas harus dipertahankan.

“Dasar yang kita maklumkan adalah mana-mana kerusi yang sudah kita (WARISAN) bertanding, kita menangi itulah yang kita pertahankan.

“Bagaimanapun, contohnya macam di Kadamaian, kita ada Ewon Benedick sudah di sana jadi kita faham kerusi di sana adalah milik parti UPKO.

“Saya sudah meminta supaya senarai penuh calon dikemukakan untuk kita perhalusi dan bincangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas selepas mesyuarat parti WARISAN di Kota Kinabalu, semalam.

Dalam sidang media berkenaan, Shafie turut berkata PRN yang bakal diadakan ini tidak perlu dipertikaikan berikutan adanya prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“PRN ini kita perlu memastikan untuk mematuhi SOP yang sudah digariskan oleh SPR

“Kita juga ada Sabah Command Centre yang sentiasa beri aturan dan peraturan untuk pastikan rakyat tidak terkena jangkitan (COVID-19) dalam keadaan kita hadapi PRN nanti.

“Saya tahu ada yang kritik kita adakan PRN (ketika pandemik), bimbang sangat nyawa manusia terancam.

“Tapi daripada kita menyerahkan kuasa kepada ‘mereka’ secara itu (majoriti mudah), saya lebih sanggup mati. Saya serahkan pada rakyat untuk menentukan dan yakin rakyat tahu menilai,” katanya.

Dalam sidang media tersebut, Shafie turut memberitahu beliau sudah memaklumkan mengenai persediaan menghadapi PRN kepada pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat