RM1.44 Bilion Wang 1MDB Milik Tarek Obaid

- Advertisement -

LONDON: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan tuntutan mahkamah di United Kingdom (UK) bagi menghalang sebuah firma guaman di sini melepaskan wang berjumlah AS$40 juta (RM1.44 bilion) dikaitkan kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada ahli perniagaan Arab Saudi, Tarek Obaid.

Menurut The Guardian (UK), penyiasat British yang terbabit dalam kes rasuah 1MDB mendakwa wang berkenaan berada dalam simpanan firma guaman itu bagi pihak ahli perniagaan, Arab Saudi, Tarek Obaid.

Tarek didakwa turut terbabit dalam skandal 1MDB tetapi dia menafikan semua tuduhan terhadapnya selama ini.

 

Obaid sebelum ini pernah didakwa atas tuduhan melakukan pengubahan wang haram dan terbabit dalam konspirasi jenayah berhubung dana 1MDB

Bulan lalu, SPRM memperoleh perintah interim daripada Mahkamah Tinggi bagi melarang sebarang pergerakan wang RM1.44 bilion itu, yang disimpan firma guaman Clyde & Co LLP (Clyde) di UK, bagi pihak ketiga.

Menurut SPRM, firma guaman terbabit baru-baru ini memohon kebenaran Agensi Jenayah Kebangsaan UK untuk menyerahkan sebahagian wang berkenaan kepada Tarek.

Difahamkan, permohonan itu difailkan bagi membolehkan bayaran dibuat kepada Obaid atau syarikat minyak miliknya.

Minggu lalu, SPRM dan penyiasat di UK yang memfailkan tuntutan mahkamah itu secara bersama, berkata adalah amat penting supaya dana berkenaan dibekukan.

Menurut laporan The Guardian, firma guaman itu enggan menjawab apabila ditanya sama ada wang berkenaan sudah dikeluarkan atau tidak. – AGENSI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat