Kalau UMNO Pula Tak Boleh “Berpisah” Dgn PAN, PAS Bagaimana?

- Advertisement -

SAYA hanya ahli biasa UMNO, bukan siapa-siapa. Sebagai ahli UMNO, saya terluka dengan penubuhan PPBM atas sebab yang ramai orang ‘seperasaan’ seperti saya saja tahu.

Luka itu bertambah parah bila ramai wakil rakyat yang menang atas tiket BN/UMNO dalam PRU14, melompat masuk ke parti berlambangkan bunga itu hanya kerana parti kalah pilihanraya buat kali pertama.

Seolah, selepas jatuh sekali, tidak boleh bangun semula parti ini.

Saya yakin saya tidak sendirian, ramai di luar sana sama seperti saya, kami berkongsi kelukaan yang sama – kalau boleh dikatakan begitu.

Saya juga yakin ketika ramai pimpinan dan wakil rakyat PAS melompat masuk ke parti PAN (di sebalik bai’ah cerai talak tiga), ahli biasa PAS juga ‘terluka’ sama seperti saya.

Ironinya sama, mereka yang menang atas tiket PAS dalam PRU13, senang-senang menubuh/menyertai parti lain bila kumpulan mereka kalah pemilihan PAS 2015.

Orang tidak ada perasaan saja yang boleh menerima “pengkhianatan” seperti itu.

Justeru, jika selepas ini UMNO memutuskan untuk bekerjasama dan tidak pula boleh berpisah dengan PAN – memandangkan tidak ada apa yang mustahil dalam politik, bolehkah PAS berlapang dada dengan keputusan itu?

Sekadar bertanya.

Hairudin Salleh
Batu Kurau

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,503FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat