Imran Dilantik Ketua Polis Daerah KLIA Yang Baharu

- Advertisement -

Sepang – Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah KLIA yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah yang berpindah ke jawatan disandang Imran sebelum ini.

Penyerahan serah terima tugas itu berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.

Imran, 54, memberitahu, beliau amat berbesar hati kerana diberi tanggungjawab dan kepercayaan yang besar daripada pucuk kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Satu jawatan yang saya kira adalah amat berat. Saya janji akan berikan sepenuh komitmen saya untuk galas tanggungjawab ini.

“Harap warga IPD KLIA dapat memberi kerjasama penuh,” katanya dalam ucapannya dalam Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah KLIA di sini hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat