Hadi Jumpa Najib, Sama Seperti Fadzil Noor Jumpa Anwar

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menolak dakwaan kononnya kunjungan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke kediaman Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai tindakan menghina mahkamah.

Menurut menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu, kunjungan sedemikian bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana ia sama seperti tindakan Allahyarham Datuk Fadzil Noor menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pada satu masa dulu ketika Port Dickson (Anwar Ibrahim) dikenakan tindakan oleh parti dia dan mahkamah, presiden PAS pada masa itu (Fadzil ) telah berkunjung menziarahi Port Dickson.

“Pada masa tu bukan Port Dickson tapi (ahli parlimen) Permatang Pauh,” katanya semasa menjawab soalan tambahan daripada Liew View Keong (Warisan-Batu Sapi) di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Liew bertanya mengenai perbuatan menghina mahkamah yang dianggapnya sebagai ‘norma baru’ dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kita juga dapat lihat yang berhormat menteri yang duduk di sana (blok kerajaan) bersama menteri air (Tuan Ibrahim Tuan Man), duta bertaraf menteri ke Timur Tengah (Abdul Hadi) dan menteri komoditi (Khairuddin Aman Razali) bersama YB Pekan (Najib)…” katanya sambil memetik ciapan dibuat Takiyuddin pada hari berkenaan.

Menurut Takiyuddin kunjungannya dan beberapa pemimpin PAS ke rumah Najib itu adalah merupakan amalan biasa.

“Untuk pengetahuan yang berhormat Batu Sapi dan ahli-ahli yang berhormat, amalan sebegini bukan satu perkara yang luar biasa,” katanya.

Pada 1998 Anwar dipecat daripada jawatannya dalam kerajaan dan parti oleh Mahathir. Dalam keadaan ketidaktentuan politik itu Fadzil – yang ketika itu menjadi presiden PAS – berkunjung menemui Anwar di rumahnya.

PAS kemudian menyertai gerakan sivil yang digerakkan oleh penyokong Anwar sebelum mereka menubuhkan Parti Keadilan Nasional yang kini dikenali sebagai PKR.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat