Tarikh PRN Sabah ditentukan dalam 2 minggu lagi – SPR

- Advertisement -

SuruhKUALA LUMPUR: Tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan ditetapkan dalam masa dua minggu lagi, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dr Azmi Shahrom.

Azmi mengakui bahawa PRN Sabah akan menjadi cabaran terbesar kepada SPR selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mengulas lanjut, Azmi berkata SPR perlu mengambil sedikit masa untuk menentukan tarikh PRN Sabah kerana ia melibatkan 73 kerusi dan tidak seperti pilihan raya kecil.

“Pilihan raya negeri tidak sama dengan pilihan raya kecil Chini mahu pun Slim.

“Ia mengambil masa untuk kami menentukan logistik supaya dapat mengadakan satu pilihan raya yang sesuai dan sempurna.

“Kita tidak boleh tergesa-gesa, kita kena bersedia betul-betul,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan Bengkel Libat Urus Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya Bersama Parti Politik anjuran Bersih 2.0.

Azmi turut mengesahkan pilihan raya Sabah akan diadakan sebelum 28 September, atau dalam masa 60 hari selepas DUN dibubarkan pada 30 Julai lalu.

Katanya, pilihan raya negeri itu akan diteruskan walaupun ada permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu cuba menyekatnya dengan alasan pandemik Covid-19.

DUN Sabah mempunyai 73 kerusi selepas Dewan Rakyat pada Julai 2019 meluluskan pindaan undang-undang menambah 13 kerusi kepada 60 kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum Mei 2018.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat