“Total” Bukan Sekadar Satu Jenis Jenama Minyak Hitam, OK? – Najib Bengang Kerajaan Asyik Ulang Silap Sama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Terbukti sudah berkali-kali ‘gagal’ namun Malaysia tetapi ulang kesilapan sama dalam usaha membanteras penularan virus Covid-19.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi amaran kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekiranya sesuatu pendekatan telah terbukti gagal, kita jangan ulang.

“Sebab berkali-kali ulang langkah yang dah terang terbukti gagal bagi mengharap hasil yang berbeza adalah satu petanda gila.

“Total” bukan sekadar satu jenis jenama minyak hitam, OK? sindir Najib sinis dalam beberapa catatan di Facebooknya.

Menurut Najib lagi tanpa disedari, jumlah kes kumulatif Covid-19 Malaysia telah naik 150,000 ke hampir 600,000 kes sejak PKP 3.0 separuh masak seluruh negara bermula pada 12 Mei 2021.

Dengan itu, katanya Malaysia telah mengatasi Arab Saudi, Nepal, Lubnan, Maghribi dan Arab Saudi pada bulan lepas untuk menjadi negara ke-39 paling tinggi kes kumulatif Covid-19 sejak pandemik bermula.

“Dari segi kes baharu pada ketika ini pula, kita top 8 dalam dunia.

“Malaysia tidak mampu lagi dan tidak boleh ulangi kesilapan lalu,” tegas Najib.

Beliau menyenaraikan rantaian siri langkah kawalan yang telah dilaksanakan kerajaan sepanjang ‘kedatangan’ wabak Covid-19 yang disifatkannya sebagai gagal.

“9 November 2021: PKPB seluruh negara bermula (gagal)- 972 kes, 8 kematian; 13 Januari 2021: Darurat+ PKP 2.0 bermula (gagal)- 2,983 kes, 4 kematian; 12 Mei 2021: PKP 3.0 seluruh negara bermula (gagal)- 4,765 kes, 39 kematian.

“21 Mei 2021: PKP 3.1 tambah ketat bermula (gagal); – 6,493 kes, 50 kematian; 1 Jun 2021: Total*** Lockdown bermula- 7,105 kes, 71 kematian; 3 Jun 2021 (semalam):- 8,209 kes, 103 kematian bagaimanapun kecuali 128,150 buah syarikat setakat ini yang dibenarkan beroperasi,” kata Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat