366 Surat Permohonan Kebenaran Beroperasi Diluluskan, 1,420 Ditolak – SKMM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah memperakui 366 permohonan surat kebenaran beroperasi dan pergerakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 manakala baki 1,420 permohonan lagi ditolak bermula 1 Jun 2021.

SKMM dalam kenyataan hari ini berkata permohonan yang ditolak adalah disebabkan perkhidmatan bukan di bawah sektor komunikasi; perkhidmatan walaupun di bawah sektor komunikasi, tetapi bukan pemegang lesen atau menjalankan perkhidmatan perlu, dan tidak tersenarai sebagai vendor, pengedar atau ejen yang disahkan oleh pemegang lesen.

Agensi itu yang berperanan sebagai agensi pengesahan dalam sistem COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) bagi sektor telekomunikasi dan internet, penyiaran serta pos dan kurier memaklumkan perakuan itu diberikan kepada sebahagian daripada 1,786 permohonan.

Jumlah diluluskan itu adalah dari sektor telekomunikasi dan internet, penyiaran dan pos serta kurier.

“SKMM yang berperanan sebagai agensi pengesahan dalam sistem Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) bagi sektor berkenaan telah memperakui 366 permohonan surat kebenaran beroperasi dan pergerakan sejak PKP bermula Selasa lalu.

“Perakuan ini diberikan kepada sebahagian daripada 1,786 permohonan daripada sektor komunikasi yang telah diproses melalui CIMS setakat ini.

“Daripada jumlah diluluskan itu, 132 adalah syarikat perkhidmatan telekomunikasi, 108 berkaitan penyiaran dan 126 berkaitan pos dan kurier. Baki 1,420 permohonan lagi telah ditolak,” katanya.

Bagi melancarkan proses pengesahan dan yang layak sahaja diberikan kebenaran beroperasi serta pergerakan segera, SKMM meminta kerjasama semua pihak memastikan status syarikat tergolong dalam perkhidmatan perlu.

Bagi bukan pemegang lesen yang dikeluarkan SKMM, syarikat perlu mendapat pengesahan pihak pemegang lesen berkaitan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan melalui CIMS.

CIMS merupakan pusat sehenti yang diuruskan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi tujuan pengeluaran surat kebenaran beroperasi dan pergerakan semasa PKP kepada semua sektor industri yang dianggap sebagai perkhidmatan perlu.

“Ini termasuk sektor komunikasi yang merangkumi perkhidmatan telekomunikasi, pos dan kurier serta penyiaran.

“Proses kelulusan melalui CIMS bagi sektor di bawah pemantauan SKMM dijalankan secara telus dan teliti bersandarkan matlamat meneruskan kesinambungan perkhidmatan perlu kepada rakyat serta mengelakkan penyalahgunaan surat kebenaran yang diberikan untuk tujuan tidak sepatutnya.

“Sama-sama kita bersabar dan mematuhi prosedur ditetapkan untuk melandaikan lekuk jangkitan Covid-19 agar kehidupan rakyat dan ekonomi negara dapat segera dipulihkan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat