Siasat Guan Eng Dan Tommy Untuk ‘Bersihkan’ Nama Mereka

- Advertisement -

GEORGETOWN – Aktivis sosial Muhsin Abdul Latheef hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Laporan tersebut dibuat susulan dakwaan berlakunya salahguna kuasa oleh kedua-dua individu tersebut, yang sebelum ini turut dilaporkan melibatkan taikun hartanah.

Menurut Muhsin, laporan tersebut juga dibuat bagi membolehkan SPRM menyiasat berhubung sekeping surat yang dipercayai ditulis oleh Guan Eng kepada Tommy.

“Setelah membaca surat tersebut saya berpendapat keputusan Tommy dalam hal ini telah dipengaruhi. Sebab apa mantan Menteri Kewangan ini perlu menghantar surat kepada Tommy Thomas?

“Sedangkan Tommy Thomas ini seorang Peguam Negara. Justeru itu hari ni saya ke SPRM untuk membuat laporan SPRM berkenaan isu ini,” kata Muhsin.

Laporan dibuat di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,589FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat