Air Selangor: Gangguan bekalan air di 472 kawasan pulih sepenuhnya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air di 472 kawasan melibatkan lima wilayah Air Selangor susulan pemberhentian tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi pulih sepenuhnya 8 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata pihaknya mengucapkan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual.

Beliau berkata para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

“Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan pemberhentian tugas sementara LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi ekoran insiden pencemaran bau yang dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Kawasan yang terjejas semalam melibatkan 172 kawasan di sekitar Petaling, Hulu Langat (54), Sepang (196), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (27).

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat