SME Bank dan JPDC umum kerjasama strategik rangsang Landskap ekonomi negeri Johor

- Advertisement -

Johor Bahru: SME Bank, peneraju utama dalam menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS), telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) untuk memajukan pertumbuhan ekonomi di Johor.

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail berkata, “SME Bank tetap komited dalam usaha untuk memberi bantuan kewangan dan sokongan khidmat nasihat kepada PKS. Sejak penubuhannya, SME Bank telah meluluskan lebih RM47 bilion pembiayaan kepada 23,820 PKS, dengan RM560.74 juta diperuntukkan khusus kepada usahawan di Johor.

Kami bersedia untuk memanfaatkan kepakaran kami dengan kerjasama JPDC, agensi utama Kerajaan Persekutuan yang menyelia perancangan dan penyelarasan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC). Bersama-sama, kami berhasrat untuk memperkasakan pelaburan dan meningkatkan penyertaan usahawan tempatan dalam tenaga kerja dan kesediaan sumber perniagaan untuk industri minyak dan gas hiliran, petrokimia dan kimia dalam PIPC. Matlamat kami adalah untuk memupuk pengembangan perniagaan dan keusahawanan tempatan, memanfaatkan bukan sahaja Pengerang tetapi juga wilayah lain di negeri Johor dan seterusnya.

“Di dalam MoU ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam mengenal pasti dan memupuk prospektif vendor dari Pengerang, Johor, dan Malaysia, menawarkan mereka bimbingan dalam pengurusan perniagaan dan kewangan, akses kepada pembiayaan, dan perkhidmatan sokongan penting lain. Usaha ini bertujuan untuk melengkapkan kontraktor tempatan dengan kemahiran dan keupayaan yang diperlukan untuk berkembang maju dalam industri minyak dan gas hiliran, petrokimia dan kimia. SME Bank menyediakan lebih daripada RM35 juta dalam pembiayaan untuk menyokong 30 pelanggan,” tambah Datuk Wira (Dr.) Aria.

Izhar Hifnei Ismail, Pemangku Ketua Eksekutif JPDC berkata, “Program Pembangunan Kontraktor (CDP) adalah unjuran daripada Program Kemahiran dalam Minyak dan Gas (SOGA) yang telah dilaksanakan oleh JPDC di PIPC sejak 2013. Kami telah menyediakan kemahiran dan kecekapan kerja latihan, termasuk latihan kemahiran semula dan peningkatan kemahiran, untuk hampir 7,000 tenaga kerja Malaysia, dengan 95 peratus daripada mereka berjaya mendapat pekerjaan dalam sektor hiliran minyak dan gas, petrokimia, kimia dan tenaga di PIPC dan lokasi lain di Malaysia.”

“Di bawah CDP, JPDC menyasarkan untuk menyediakan syarikat dan perusahaan kontraktor Malaysia bersaiz kecil dan sederhana dengan kemahiran dan kecekapan pengurusan perniagaan, bagi membolehkan mereka terus meningkatkan keupayaan dan kapasiti, dan melayakkan mereka untuk menyediakan perkhidmatan kepada minyak dan gas hiliran, industri petrokimia dan kimia bukan sahaja di PIPC dan Malaysia, tetapi juga di peringkat antarabangsa,” tambah Izhar Hifnei. “Tiga puluh peserta yang memenuhi kriteria CDP akan menjalani latihan dalam dua kelompok, dengan lima belas dari kumpulan pertama akan dilatih pada 2024, dan lima belas dari kumpulan kedua akan dilatih pada 2025.”

JPDC akan mencalonkan prospektif usahawan kepada SME Bank untuk penilaian dan penyertaan dalam program latihan dan bimbingan, dengan kerjasama Centre for Entrepreneur Development Research Sdn Bhd (CEDAR), anak syarikat SME Bank. Program-program ini akan memberi tumpuan dalam meningkatkan kecekapan keusahawanan dan pengurusan perniagaan tempatan, usahawan, dan kontraktor.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama tersebut, JPDC akan memberi kemas kini berkala tentang perkembangan industri kepada SME Bank untuk memudahkan proses membuat keputusan dan perancangan yang strategik. Kerjasama ini juga merangkumi persidangan, seminar, sesi latihan, bengkel, serta sesi keterlibatan pihak berkepentingan untuk memupuk pertukaran pengetahuan.

Selain itu, kedua-dua entiti akan bekerjasama dalam membangunkan inisiatif peningkatan kapasiti yang disesuaikan dengan keperluan khusus bagi Pengerang dan Johor, dengan matlamat utama untuk memupuk kelompok pembekal tempatan yang mahir dan cekap bagi memenuhi permintaan industri. MoU ini menandakan komitmen untuk memacu pembangunan sosio-ekonomi di Pengerang dan Johor, selari dengan agenda kebangsaan dalam menggalakkan pertumbuhan inklusif dan memperkasakan komuniti tempatan.

MoU antara SME Bank dan JPDC ditandatangani oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank, Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif JPDC, Izhar Hifnei Ismail, di saksikan oleh Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulan SME Bank , Datuk Dr Mohammad Hardee Ibrahim. Izhar Hifnei kemudiannya menyampaikan surat lantikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif CEDAR, Amirul Imran Ahmat, melantik CEDAR untuk menyediakan latihan tersuai dalam pembinaan kapasiti perniagaan di bawah CDP.

SME Bank menerima kerjasama strategik untuk membina inisiatif tambahan, mengesahkan komitmennya dalam memperkasakan PMKS serta menyumbang secara signifikan kepada kemakmuran ekonomi negara. Untuk maklumat lanjut mengenai program dan inisiatif SME Bank, sila layari www.smebank.com.my, halaman Facebook SME Bank, atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan SME Bank di 603-26037700.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat