Dakwaan bekas Agong benarkan Najib jalani tahanan rumah akan didengar 17 April ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi menetapkan 17 April untuk mendengar permohonan Datuk Seri Najib Razak agar kerajaan mendedahkan “dekri tambahan” yang didakwa dibuat bekas Agong yang membenarkan bekas perdana menteri itu menjalani hukuman penjaranya menerusi tahanan di rumah.

Peguam, Tan Sri Shafee Abdullah memaklumkan Hakim Amarjeet Singh bahawa Najib ingin mendapatkan afidavit tambahan bagi menyokong permohonannya.

Bagaimanapun, beliau berkata deponen afidavit yang dimaksudkan itu tiada di Malaysia dan hanya akan kembali selepas Hari Raya, lapor FMT.

Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly meminta peguam menyampaikan afidavit itu sebelum tarikh perbicaraan.

Najib mendakwa bekas Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dari Pahang mengeluarkan “dekri tambahan” semasa mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada 29 Jan, sehari sebelum tamat pemerintahannya sebagai Agong.

Pada 2 Feb, lembaga itu mengumumkan hukuman penjara 12 tahun dalam kes SRC International Najib dikurangkan kepada enam tahun manakala dendanya RM210 juta diturunkan kepada RM50 juta.

Tidak ada mana-mana bahagian daripadanya yang menyebut ia ditukar kepada tahanan di rumah.

Najib, yang sedang menjalani hukuman di penjara Kajang, dijadualkan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Bekas perdana menteri itu mahu agar kerajaan melaksanakan “dekri tambahan” yang dikatakan membenarkan beliau menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah.

Mahkamah hari ini juga menolak permohonan Badan Peguam Malaysia untuk melakukan pemerhatian terhadap kes itu.

Amarjeet berkata, Badan Peguam, yang diwakili oleh Abhilaash Subramaniam, boleh kembali ke mahkamah jika bekas perdana menteri itu dibenarkan meneruskan cabaran undang-undangnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat