Selasa Hari PMQ, Sekali Lagi Pembangkang ‘Ponteng’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali lagi ‘ponteng’ Dewan Rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil setiap Selasa adalah Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQ).

“Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri diadakan setiap Selasa. Ini peluang terbaik Pembangkang bangkitkan soalan, berdepan, dan bersemuka dengan Perdana Menteri.

“Malangnya, sekali lagi Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin, Muhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awang tidak hadir dan tidak menanyakan soalan,” kata Menteri Komunikasi dan Digital itu dalam hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Jelas Fahmi lagi, pagi ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan mengenai hasil lawatan rasmi ke China; isu vape; dan isu doktor kontrak.

Katanya, dua Timbalan Perdana Menteri juga hadir iaitu Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Untuk rekod, minggu lalu juga pimpinan utama pembangkang ponteng Dewan Rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat