Google boleh kesan panggilan scam ketika perbualan langsung di Android

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Google sedia mengintegrasikan sejumlah ciri-ciri kecerdasan buatan pada produk dan perkhidmatan mereka.

Turut berkongsi pada acara Google I/O adalah kebolehan untuk mengenal pasti panggilan scam atau berbentuk penipuan terus pada peranti Android.

Google menjayakan perkara ini melalui integrasi Gemini Nano yang disertakan terus pada telefon Android.

Model kecerdasan buatan berkenaan akan beroperasi dalam peranti, dan sekiranya ketika dalam sesuatu panggilan suara, pemanggil meminta beberapa perkara yang mencurigakan seperti meminta PIN, maklumat perbankan dan sebagainya – maka kecerdasan buatan berkenaan akan mengenal pastinya, sekali gus memberi amaran kepada pengguna, lapor Amanz.

Google menyatakan, pelbagai analisa ini berlaku dalam peranti, sekali gus memastikan perbualan pengguna sentiasa kekal peribadi dan tidak dikongsikan dengan sesiapa.

Google menyasarkan pengenalan ciri ini kepada umum kelak pada tahun ini.

Ciri ini akan ditawarkan dan perlu diaktifkan oleh pengguna secara manual.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat