Agong perlu pertimbang tahanan rumah Najib selepas kes 1MDB selesai – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Datuk Seri Najib Razak selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi bekas Perdana Menteri itu selesai.

Perdana Menteri menjelaskan demikian ketika wawancara dengan Bloomberg pada Forum Ekonomi Qatar (DEF) 2024 di Doha semalam, namun menegaskan beliau akan hanya mengesyorkan demikian jika pandangannya diminta oleh Seri Paduka.

Menegaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong tidak akan diketepikan, Anwar berkata: “Jika Agong meminta nasihat saya, saya akan berkata, Tuanku, lalui proses itu,” katanya dalam slot khas ‘In Conversation With the Prime Minister of Malaysia’ yang dikendalikan Ketua Koresponden Antarabangsa Asia Tenggara Bloomberg Television, Haslinda Amin sebagai moderator, memetik BH pada Rabu.

Anwar mengadakan lawatan kerja ke Qatar bagi menghadiri forum berkenaan sebelum meneruskan lawatan kerja rasmi dua hari ke Republik Kyrgyz mulai hari ini.

Perdana Menteri berpendirian, semua pihak harus menumpukan kepada prosiding kes 1MDB yang sedang berjalan, berbanding isu tahanan rumah untuk Najib seperti dibangkitkan mutakhir ini.

“Akhirnya Agong yang akan membuat keputusan. Saya sebagai Perdana Menteri tidak akan melangkaui (kuasa) Agong,” katanya.

Pada 1 April lalu, Najib, 70, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Susulan itu, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit selaku ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum itu.

Menerusi afidavit diikrarkan Ahmad Zahid pada 9 April, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pertemuan di rumah Presiden UMNO di Country Heights, Kajang, pada 30 Januari lalu.

Titah Adendum berkenaan supaya bekas Perdana Menteri itu menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat